Kaedah pemakaian keris
Pemakaian keris adalah diselit dipinggang dalam pemakaian adat tidak hanya mempunyai satu kaedah ia bergantung kepada kesesuaian tempat, lain padang lain belalangnya. seperti ungkapan Melayu yang dirakamkan oleh Allahyarham Dr. Tenas Effendi iaitu hulu keris menghadap kedalam sebagai tanda hormat tidak mencari lawan iaitu
Kalau memakai keris telentang
Itu tanda mencari lawan
Bagai ayam kokok berdentang
Bagai hulubalang masuk gelanggang
Elok dipakai ditengah hutan
Atau belayar tengah laut
Untuk menjaga jaga diri
Namun setiap negeri mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam cara pemakaian keris. Disebelah pantai timur dan utara Tanah Melayu hulu keris dihalakan keluar sebagai tanda bersedia dan ada juga yang mengikat pada bahagian hulu dan sampir bermaksud tidak berniat mengeluarkan bilah atau bertikam. Dipahang pula hulunya di tutup/kelubung dengan kain samping yang dipakai.
Manakala cara lain menunjukan tanda hormat adalah dengan menutup hulu keris dengan tangan sewaktu berjumpa dengan orang lain.
Ditempat lain pula cukup sekadar keris diikat dan sewaktu memakai keris hulunya dihalakan keluar
Oleh itu kaedah pemakaian keris selit adalah bergantung kepada adat setempat sipemakai dan tidak menjadi kesalahan selagi majlis tersebut tidak menetapkan sebarang cara pemakaian keris sebagai protokolnya.
Syauqi Shaimi
Persatuan Seni Purba dan Kraftangan Kelantan
Sempena Hari Santai Alam Melayu PERNILAM 2022