Seringkali kita lihat atau ada yg blum pernah melihat orang² Melayu yang punyai simpanan senjata pusaka ataupun simpanan koleksi sendiri bercerita mengenai kehadiran tahun baru mngikut kalendar Islam iaitu Awal Muharram adalah bulan yg dinanti-nantikan.
Ini kerana bulan tersebut adalah diantara 4 bulan yg terpilih yg penuh keberkatannya dan berlipat ganda jika dimanfaatkan sebaiknya kerana selain Tahun Baru bagi umat Islam, di bulan ini juga berlakunya peristiwa penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
‘Muharram’ bermaksud ‘diharamkan’. Allah SWT melarang melakukan peperangan dan pertumpahan darah pada bulan tersebut. Mengikut apa yg diketahui, ada versi yg mngatakn pada bulan tersebut di zaman Rasulullah SAW, selain berehat serta mendekatkan diri kepada Allah SWT, para sahabat dan ahli²nya akan membersihkan, memeriksa serta membaiki senjata² perang agar segalanya berada didalam keadaan baik sebagai persediaan sebelum menghadapi perang seterusnya. Wallahu’alam.
Maka diatas peristiwa tersebut kita turut mengambil keberkatan darinya dgn memeriksa dan membersihkn senjata² baik senjata antik atau baharu mngikut cara masing² dan ada juga cara²nya yg telah diwariskan dari orang² terdahulu. Ada yg mngambil peluang ini dgn menghayati dan menghormati pembuatan senjata² pejuang² terdahulu yg berjuang bermatian demi Agama dan Bangsa. (Kira memeriksalah keadaan senjata² tersebut samada sudah berkarat ataupun mereput)
Isi penting yg ambo nak tekankan disini adalah mengenai sesetengah perkara yg menjadi stigma masyarakat harini sebagai contohnya masih ada yg takut melihat KERIS! Masih ada yg termomok-momok dgn perihal Keris malah menyampaikan kpd anak cucu sehingga ada yg tidak mengenal apa itu Keris.
Keris melambangkan BANGSA, dengan Keris kita berBAHASA.
Ada orang yg bersungguh takut dgn Keris,
Ada orang berasa seram melihat orang memandikn Keris,
Ada orang seriau melihat orang perasapkan Keris,
Ada orang gerun melihat orang mendirikan Keris,..
Tetapi, tidakkah kalian tahu bahawa keris ditempa dari BESI dan cerita besi ini ada Surah khas mengenainya disebut didalam Al-Quran iaitu Surah Al-Hadid (Besi). Allah SWT menurunkan Besi buat kegunaan sejagat. Maka baik atau tidak Besi ini??
Jadi apa perkaitan mandi keris, perasap keris serta mendirikan keris ini mnjadi begitu sinonim dgn masyarakat kita dgn cerita² tahyul sehingga ada yg menuduh ia sbg suatu perbuatan khurafat tanpa usul periksa dan perlu dijauhi sehingga jatuhnya fitnah?
Ingin diperjelaskn secara asasnya bahawa kaedah² ini tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar kaedah² pembersihan, pengukuran dan timbang kira yg sempurna dlm pembuatan keris dan dari penjagaan org² yg terdahulu. Tiada unsur lainnya dan sebaliknya org terdahulu telah mngambil kira dari sudut ilmu sains mngenai pnggunaan limau, kemenyan, minyak dan lain² dlm penjagaan keris yg sempurna dan utk menjadikan sesuatu senjata itu bertahan dan terlindung baik lebih lama sehingga hari ini namun tidak dinafikan org² terdahulu juga melakukn kaedah doa² yg baik mohon perlindungan Allah SWT digunakan ke atas senjata² ini bagi mndapat berkat kegunaannya di medan perang kerana dgn DOA itu juga adalah salah satu senjata mukmin yg ampuh!
ERIMIES
11082118:13