Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2022 lepas Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (Pernilam), Pernilam Negeri Kelantan , Busana Kelantan serta Persatuan Anak Jawi telah melangsungkan Bengkel Pengenalan Destar, Tanjak dan Tengkolok buat julung kalinya di Patani Darussalam yang menghimpunkan peserta-peserta daripada Yala, Narathiwat, Patani, Betong dan daerah-daerah sekitar Wilayah Selatan.
Peserta bengkel Patani kali ini cukup menginsafkan kami yang mendengar dan melihat sendiri kesungguhan sahabat-sahabat kita dekat sana berusaha menjejak dan menjaga warisan, oleh kerana mereka dalam keadaan yang genting bagi mempertahankan jati diri akibat berberapa halangan serta sekatan yang tidak dapat kami sebutkan di sini.
Keadaan hidup di sana menyebabkan mereka begitu teguh ikhlas menjaga agama, bangsa dan bahasa.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan semoga dipelihara Allah, istiqamah dalam menuntut ilmu serta mempertahankan warisan.