Mini Pameran Alam Melayu di Muzium Seni Asia Universiti Malaya
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berjaya diadakan Mini Pameran Pakaian Alam Melayu bermula 10 Oktober hingga 31 Disember 2024 bertempat di Muzium Seni Asia Universiti Malaya. Pameran ini dianjurkan sebagai satu usaha memperkenalkan serta memartabatkan busana tradisional Alam Melayu kepada masyarakat umum, khususnya generasi muda dan komuniti akademik. Melalui pendekatan kuratorial yang tersusun, mini […]
Read More
Demonstrasi Lipatan Destar – Pameran Raja Kita
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya Program Demonstrasi Lipatan Destar sempena Pameran Raja Kita yang bermula dari 7 hingga 29 September 2024 bertempat di Muzium Negara. Program ini merupakan satu inisiatif pemartabatan warisan busana tradisional Melayu yang memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali serta menyaksikan secara langsung seni lipatan destar yang menjadi lambang kedaulatan, […]
Read More
Bengkel Seluar Pesak Melayu Kursus Siri Jahitan Busana Melayu
Tajuk : Bengkel Seluar Pesak Melayu Kursus Siri Jahitan Busana Melayu Tarikh : 26 Oktober 2024 Tempat : Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau, Negeri Sembilan Alhamdulillah, dengan limpah izin-Nya telah berjaya dilaksanakan Bengkel Menjahit Seluar Pesak Melayu secara tertutup pada 26 Oktober 2024 bertempat di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau. Bengkel ini merupakan inisiatif Pertubuhan […]
Read More
Majlis mendirikan 67 Bilah Keris Beramai_ramai Sempena Bulan Kemerdekaan ke_67
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT serta semangat kebersamaan yang tinggi, telah berjaya dilaksanakan majlis bersejarah Ritual/Upacara Mendirikan 67 Bilah Keris pada 11 Ogos 2024 (Ahad) sempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-67. Majlis ini dianjurkan oleh Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) bersama rakan-rakan strategik sebagai satu usaha mencipta rekod pertama dalam Malaysia Book Of […]
Read More
Bengkel Melangir & Mandi Keris Secara Tertutup
Alhamdulillah, dengan limpah izin-Nya telah berjaya dilaksanakan Bengkel Melangir & Mandi Keris secara tertutup pada 20 Julai 2024 bertempat di Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu. Bengkel ini merupakan inisiatif Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) dalam usaha memberi kefahaman yang tepat dan beradab mengenai tatacara penjagaan keris sebagai warisan pusaka Melayu. Program ini dilaksanakan dalam […]
Read More
Sembang Santai Budaya – Ritual Mandi Keris
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya program atas talian Sembang Santai Budaya pada 13 Julai 2024 (Sabtu) jam 9.30 malam yang menampilkan perbincangan santai namun penuh pengisian ilmiah berkaitan Ritual Mandi Keris. Program yang disiarkan secara langsung melalui platform TikTok, Facebook dan YouTube ini merupakan anjuran Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) sebagai salah […]
Read More
Bengkel Pengenalan Gendang- Edisi Gendang Utara
Tajuk : Bengkel Pengenalan Gendang- Edisi Gendang UtaraBertempat : Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu, SelangorTarikh : 13 Julai 2024 (Sabtu) Alhamdulillah, dengan limpah izin-Nya telah berjaya dilaksanakan Bengkel Pengenalan Gendang – Edisi Gendang Utara, satu inisiatif pemerkasaan warisan seni irama tradisi yang dianjurkan oleh Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM). Bengkel ini memberi pendedahan asas […]
Read More
Sembang Santai Budaya – Bicara Gendang Silat (Aliran Utara)
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya program atas talian Sembang Santai Budaya pada 29 Jun 2024 (Sabtu) jam 9.00 malam yang menampilkan perbincangan santai namun sarat ilmu berkaitan Gendang Silat (Aliran Utara). Program yang disiarkan secara langsung melalui platform TikTok, Facebook dan YouTube ini merupakan inisiatif Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) dalam usaha […]
Read More
BENGKEL KHAS (TERTUTUP) DESTAR NEGERI SEMBILAN
Tajuk : Bengkel Khas (Tertutup) Destar Negeri SembilanBertempat : Akademi Seni Tradisional Warisan MelayuTarikh : 17 Februari 2024 (Sabtu) Secara keseluruhan bengkel telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bersama 36 peserta. Bengkel Khas (Tertutup) bagi Destar Negeri Sembilan telah diadakan di Akademi Seni Tradisional Warisan Alam Melayu dengan 3 orang tenaga pengajar.
Read More
LAPORAN BENGKEL DESTAR, TANJAK & TENGKOLOK EDISI : DESTAR TERENGGANU
Tajuk : Bengkel Destar, Tanjak & Tengkolok Edisi : Destar TerengganuBertempat : Akademi Seni Tradisional Warisan MelayuTarikh : 3 Februari 2024 (Sabtu) Secara keseluruhan bengkel telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bersama 23 peserta. Bengkel tahap 1 dan ulangkaji serta tahap 2 bagi Destar Terengganu telah diadakan di Akademi Seni Tradisional Warisan Alam Melayu dengan […]
Read More