Sembang Santai Budaya – Bicara Gendang Silat (Aliran Utara)

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT telah berlangsungnya program atas talian Sembang Santai Budaya pada 29 Jun 2024 (Sabtu) jam 9.00 malam yang menampilkan perbincangan santai namun sarat ilmu berkaitan Gendang Silat (Aliran Utara).

Program yang disiarkan secara langsung melalui platform TikTok, Facebook dan YouTube ini merupakan inisiatif Pertubuhan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM) dalam usaha memperluaskan kefahaman masyarakat terhadap warisan seni tradisi Melayu, khususnya seni irama dan adab dalam Gendang Silat Aliran Utara.

Bicara ilmiah ini menampilkan perkongsian penuh pengalaman daripada ahli PERNILAM sendiri, iaitu Cikgu Mitch Ai yang berpengalaman luas dalam bidang Gendang Silat (Aliran Utara). Turut bersama sebagai panel ialah Cikgu Azmie, Timbalan Yang Dipertua PERNILAM, manakala sesi ini dikendalikan dengan penuh santai dan tersusun oleh moderator, Cikgu Johari.

Perbincangan menyentuh aspek sejarah, struktur rentak, fungsi gendang dalam gelanggang silat, adab pemain serta peranan generasi muda dalam memartabatkan seni warisan ini agar terus subur dan tidak hilang ditelan zaman. Pendekatan santai tetapi berisi menjadikan sesi ini mudah difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat, sama ada penggiat seni mahupun orang awam.

Semoga penganjuran program seperti ini menjadi platform berterusan untuk menyatukan penggiat seni, berkongsi ilmu serta memperkukuhkan jati diri bangsa melalui khazanah Alam Melayu.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya-Allah, PERNILAM akan terus komited dalam memperkasa warisan budaya melalui pelbagai inisiatif ilmiah dan santai demi kelangsungan seni tradisi Melayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *